Aug 20, 2005
PENDAFTARAN NABIL FC




Kepada sesiapa yang beminat untuk join Nabil FC, korang bolehlah tinggalkan nama dan e-mail di ruangan komen atau e-mail EIJA di eija_iz@hotmail.com. Thank you!




Posted by nabilfc at 11:58 pm
Comments (127)



Aug 20, 2005
NABIL IN MAGAZINE - URS SEPT '05



Ikuti temuramah Nabil bersama wartawan URS, Juan Danza...

Sejak bila Nabil menceburkan diri dalam bidang nyanyian?

Sebenarnya, semua bermula sejurus selepas Nabil tamat peperiksaan SPM. Ketika itu Nabil perform dalam group underground yang dinamakan 'Flowidduz'. Selain Nabil, group ni dianggotai oleh Effy, Zarul, Zaril dan Haikal. Zarul dan Zaril tu adik beradik kembar. Mereka semua lebih tua dari Nabil. Kami cipta lagu sendiri. Actually Nabil tak pernah masuk pertandingan sebelum ni. Baru je berjinak-jinak. Mungkin darah seni ada dalam diri Nabil sebab parents dulu menyanyi juga.

Pernah buat persembahan di mana-mana sebelum ini?

Semasa kecil dulu adalah. Itupun sewaktu di sekolah dulu. Lepas tu ada juga show di Planet Hollywood bersama Flowidduz. Nabil teringin sangat nak buat show dengan VE dulu. Akhirnya menjadi kenyataan kerana VE menjadi artis jemputan dalam konsert Mentor yang lepas dan kami bersama-sama menyanyikan lagu 'Kenangan Lalu'. Seronok sangat!

Siapa pendorong utama Nabil?

Sebenarnya, Nabil sendiri yang menguatkan diri Nabil untuk terus dalam bidang ini. Selain itu, keluarga juga memberikan dorongan selain Kak Nora sendiri sebagai mentor Nabil. Nabil betul-betul menghargainya.

Apa cita-cita sebenar Nabil?

Sebenarnya Nabil nak sangat membina empayar Nabil sendiri. Nabil ambil kumpulan KRU sebagai contoh. Nabil teringin nak ada syarikat yang membuat animasi, filem dan sebagainya. Sepatutnya sekarang ni Nabil belajar di MMU. Selepas mendaftar, Nabil ambil cuti dan dijangka akan meneruskan pengajian pada bulan awal Januari tahun depan. Jadi, itulah impian Nabil yang belum tercapai lagi.

Pernah jatuh cinta?

Pernah! Tapi cinta monyetlah. Si 'X' tu satu sekolah dengan Nabil, cuma dia muda sedikit pada Nabil. Tak taulah kenapa Nabil tiba-tiba ada perasaan pada dia. Bagi Nabil, Nabil tak boleh nak cakap ciri-ciri gadis bagaimana yang sesuai dengan jiwa Nabil. Cuma, bila perasaan tu ada, dialah yang akan jadi kekasih Nabil. Tapi itu semua dah berlalu. Nabil pun 'still available' (ketawa).

Sedia berhadapan dengan gosip?

Nabil kena sentiasa bersedia sebab kata Kak Nora, benda ni biasa dalam dunia artis. Kalau orang tanya Nabil, Nabil akan jawab perkara yang betul. Nabil pun dah bersedia dari segi mental. Kalau ditakdirkan ada gosip, Nabil tak bolehlah bertindak melulu. Bagi Nabil, mungkin ada artis yang bertindak merahsiakan perkara sebenar. Mungkin mereka ada sebab untuk buat macam tu. Atau mereka tak nak timbulkan kekeliruan.

Kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang program Mentor?

Berada dalam program ni pun dah menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Tapi yang paling Nabil tak boleh lupa semasa Nabil mempersembahkan lagu ciptaan Nabil sendiri yang bertajuk 'Hati Ini'. Lagu tu Nabil cipta tahun lepas semasa jatuh cinta dengan si 'X' tu lah. Mesti ada yang ingat Nabil nyanyi lagu tu sambil main gitar sendiri.

Pendapat Nabil mengenai Nora?

Bagi Nabil, Kak Nora adalah mentor yang terbaik. Kak Nora sentiasa ada di sisi Nabil untuk membantu. Kak Nora bekerja keras untuk memastikan Nabil membuat yang terbaik. Kalau Nabil ada masalah, Kak Nora akan panggil, mereka yang expert dalam bidang mereka untuk membantu Nabil. Kak Nora memahami Nabil. Nabil pun suka Abang Johan (Johan Nawawi - komposer dan juga suami Nora) yang banyak membantu Nabil.

Apa tujuan sebenar Nabil menyertai Mentor?

Pada mulanya Nabil nak mengisi masa lapang. Lama kelamaan minat Nabil dalam duni seni semakin mendalam. Maklumlah, Nabil pun tak pernah masuk apa-apa pertandingan sebelum ni. Mentor la yang menaikkan semangat Nabil.

Siapa teman rapat Nabil dalam Mentor?

Sebenarnya Nabil baik dengan semua protege Mentor. Tapi yang paling rapat ialah Ewan dari FO3.
Dalam ramai-ramai protege, siapa yang Nabil nampak paling berbakat?
Semua orang berbakat sebenarnya. Tapi bagi Nabil, Ewan (FO3) memang berbakat. Bukan sebab Nabil rapat dengannya, tapi Ewan nampak dia boleh buat macam-macam. Dia memang hebat.

Antara rancangan Mentor dan Akademi Fantasia (AF), apa perbezaan yang Nabil nampak?

Dalam Mentor, setiap protege ada guru iaitu mentor. Segala aktiviti pembelajaran diajar oleh seorang mentor. Berbeza dengan AF, pelajar diajar secara beramai-ramai oleh guru yang sama. Mentor ada gelagat dan cara tersendiri. Mentor juga diadili oleh juri profesional dan penonton melalui SMS. AF pula diadili oleh penonton sepenuhnya. Kedua-dua rancangan ada format tersendiri, sudah tentu ada keistimewaan tersendiri juga.

Tidak tergugat dengan populariti bintang Akademi Fantasia?

Nabil tak rasa macam tu. Sebenarnya, setiap pelajar baik Mentor atau AF mempunyai daya tarikan tersendiri. Yang penting, sama-sama berusaha buat yang terbaik. Soal populariti terlalu subjektif.

Andai diberi peluang membuat persembahan dengan pelajar Akademi Fantasia, siapa pilihan Nabil?

Mawi! Nabil pilih Mawi sebab Mawi ada sesuatu yang menarik. Personaliti Mawi memang harus dipuji. Tak salah rasanya kalau kita minat Mawi. He's very good person. Kalau diberi peluang, Nabil betul-betul nak kenal Mawi secara mendalam.

Pernah menghadiri ujibakat Akademi Fantasia?

Tak pernah! Mentor adalah rancangan pertama yang Nabil sertai ujibakat. Lagipun, umur Nabil tak cukup nak sertai AF!

Apa pesanan Nabil untuk remaja di luar sana?

Sokonglah industri muzik Malaysia dan 'follow your dream'...

(Thanks JuanDanza atas kejasama... )




Posted by nabilfc at 08:31 pm
Comments (65)








Nama: Nabil bin Zamanhuri
Nama Samaran: Nabil
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Umur: 18 Tahun
Adik Beradik: Kedua daripada tiga orang
Asal: Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 13 September 1987
Tempat Lahir: Hospital Tawakal, Kuala Lumpur
Zodiak: Virgo
Tinggi: 5' 5"
Berat: 50kg
Hobi: Melukis, bermain gitar, makan
Makanan Kegemaran: Ikan Siakap Masak Stim dan masakan ibu
Minuman Kegemaran: Susu Kacang Soya dan air kosong
Filem Kegemaran: Filem yang membuatkan bulu roma meremang
Lagu Kegemaran: Kerna Sayang (VE)
Pelakon Kegemaran: Afdlin Shauki
Penyanyi Kegemaran: Nora
Warna Kegemaran: Biru
Sekolah Terakhir: Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki
Laman Web: http://www.myspace.com/nabilz


<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

   

LaMaN WeB RaSMi MeNToR
:: http://www.mentor.time.net.my ::

LaMaN WeB TV3
:: http://www.tv3.com.my ::

Image Hosted by ImageShack.us


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Layout by Marianne
Picture from Stock.XCHNG